ALOR SETAR: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang beroperasi di daerah Kota Setar bagi menempatkan mangsa banjir, ditutup sepenuhnya hari ini susulan situasi banjir telah pulih.
Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua 67 orang daripada 23 keluarga yang berada di PPS itu dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
"PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Aman yang dibuka pada 26 Sept lalu telah ditutup pada pukul 9.30 pagi tadi manakala PPS SK Seri Gunung yang dibuka pada 28 Sept lalu ditutup pada pukul 8 pagi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keadaan cuaca baik hari ini membolehkan kesemua mangsa yang berada di pusat pemindahan itu pulang ke rumah masing-masing.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023
APM berkata keadaan cuaca baik hari ini membolehkan kesemua mangsa yang berada di pusat pemindahan pulang ke rumah masing-masing. - Gambar fail/Astro AWANI
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Banjir Kedah: PPS di Padang Terap ditutup sepenuhnya
PPS Sekolah Kebangsaan Tualak yang dibuka di Padang Terap, tengah malam tadi bagi menempatkan mangsa banjir telah ditutup sepenuhnya pada 11.30 pagi tadi.
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perak menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perak mencatatkan penurunan pagi ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini 356 orang.
Banjir: Air pasang besar sehingga 31 Oktober di Kedah
APM Kedah menjangkakan fenomena air pasang besar berlaku di pesisir pantai di Kedah sehingga mampu mencapai paras 3 meter (m) selama tiga hari bermula Ahad hingga 31 Oktober depan.
Banjir Kedah: Tiga jambatan di Sungai Kupang runtuh
Banjir kilat yang berlaku di Kampung Iboi pada Rabu menyebabkan tiga jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Iboi dan Kampung Padang Empang di jajaran Sungai Kupang runtuh.
Mangsa banjir di Kedah meningkat, Selangor kekal, tiga negeri lain menurun
Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat sedikit, di Selangor kekal manakala bilangan di Kelantan, Melaka dan Johor menunjukkan penurunan setakat malam ini.
Mangsa banjir Kedah menurun, PPS di Kubang Pasu ditutup
Jumlah mangsa banjir yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah menurun kepada 75 orang setakat 2 petang berbanding 95 orang yang dicatatkan pagi tadi.
Banjir Baling: Hujan lebat lebih dua jam akibatkan Sungai Sedim melimpah
Hujan lebat berterusan sejak petang mengakibatkan beberapa kawasan di daerah Baling sekali lagi dilanda banjir kilat pada Rabu malam.
8 sekeluarga terperangkap di chalet akibat banjir kilat
Lapan sekeluarga terperangkap di sebuah chalet di Jalan Puncak Janing di sini, selepas kawasan itu dilanda banjir kilat jam kira-kira 7.45 malam tadi.
Bilangan mangsa banjir di Kedah meningkat
Bilangan mangsa banjir di Kedah bertambah petang ini dengan keseluruhan seramai 62 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Langkawi dan Kubang Pasu.
Paras sungai lepasi tahap bahaya di Langkawi, Yan, penduduk diminta berwaspada
Penduduk yang tinggal di berhampiran sungai terutama di Langkawi dan Yan diingatkan mengambil langkah berjaga-jaga berikutan paras sungai lepasi tahap bahaya.